Dimulakan dengan Bismillah....
Aku dan Keindahan akan membiasakan dirinya dengan panggilan Aku atau ADK.
Untuk pengetahuan anda...
Aku dan ADK adalah makhluk yang sama.. Yang masih menetap di Bumi Malaysia yang semakin semakin panas. Cuaca tidak menentu. Namun itulah lumrah alam. Aku hanya layak untuk memerhati dan melihat sebagai hamba-Nya yang kerdil. Aku masih lagi menuntut di salah sebuah Universiti yang agak terkenal di Malaysia ni..
Namun, buat masa sekarang ini, Aku masih lagi di dalam mood bercuti..
Belum sempat nak cuti-cuti Malaysia lagi tapi, Insyaallah tak lama lagi..
Berbekalkan kamera pembelian Ayah, Nikon SLR D60 Aku akan bawa pembaca-pembaca blog Aku ke destinasi yang menarik...
Insyaallah..Tak janji tau...
Aku minat dengan SLR, al maklumlah Aku ada juga ambil kursus yang ada kaitan dengan fotografi satu ketika dahulu.. Dalam dua tahun yang lepas..Seronok dan menarik..Kalau Aku ada masa dan kesempatan, Aku akan publish gambar-gambar itu di sini...
Wajah baru untuk Blog ini akan diserikan lagi dengan komen dari anda-anda yang berada di luar sana..
SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH JANGAN ROTAN AH...
(Pinjam jap ayat Jarjit Singh dalam siri animasi terkemuka negara UPIN DAN IPIN)...
Terima kasih jika sudi melawat dan membaca..
Sekian, Wassalam...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan