LAMAN AKU DAN KEINDAHAN

selamat datang....

Aku dan Keindahan amat mengalu-alukan kedatangan anda..
Selamat Datang...
Welcome...
Huanying...
Accueil...
Ahlan Wa Sahlan...
Enna Vishayam...
Mabuhay Po...
Saawatdii Krap...
Youkuso...
Hwan-yeong...
Willkommen...
Bienvenue...


Silalah masuk.. Jangan Segan..
Jika ada salah silap, mohon diajar yang Benar...

Isnin, 31 Mei 2010

Aku dan Filem....

Aku akan tulis entri mengenai Filem pula kali ini...
Aku seorang pelajar penulisan yang berpaksikan Filem dan Teater.
Jadi, minat Aku dalam menonton filem sebagai satu kajian dan eksperimen bagi interpretasi jiwa ni memang dah lama bersarang. Filem bukanlah hiburan dangkal semata bagi Aku.
Sudah lama Aku tidak menonton Filem sebagai satu medium Hiburan..
Ini kerana, Aku telah dididik untuk memahami kulit, isi dan segala rongga yang wujud di dalam filem.
(Ampun jika ada yang kurang selesa, namun Aku rasakan perasaan ini..)

Aku sering ke panggung wayang di Cineleisure jika ingin mendapatkan kepuasan menonton dan jika Aku di dalam mod santai, Aku akan pergi ke I0I Mall..
Tenang sebab tak ramai orang, tak macam Mid Valley yang- Nauzubillah ramainya!
Nak- nak lagi kalau hari Rabu; beratus sampai MCD...
Fuhh dashat kan sambutan filem kat Malaysia..
Tapi kenapa rata-rata tayangan filem negara kita sukar untuk mendapatkan kutipan BOX-OFFICE?

Sebabnya, banyak sangat kuota yang diambil oleh WAJIB TAYANG.. Hadkan lah, PLS...

Nak tahu apa tu wajib tayang?
Hah..Nanti Aku cerita lagi...

Selamat berkongsi...

1 ulasan: