LAMAN AKU DAN KEINDAHAN

selamat datang....

Aku dan Keindahan amat mengalu-alukan kedatangan anda..
Selamat Datang...
Welcome...
Huanying...
Accueil...
Ahlan Wa Sahlan...
Enna Vishayam...
Mabuhay Po...
Saawatdii Krap...
Youkuso...
Hwan-yeong...
Willkommen...
Bienvenue...


Silalah masuk.. Jangan Segan..
Jika ada salah silap, mohon diajar yang Benar...

Isnin, 31 Mei 2010

Aku dan Filem....

Aku akan tulis entri mengenai Filem pula kali ini...
Aku seorang pelajar penulisan yang berpaksikan Filem dan Teater.
Jadi, minat Aku dalam menonton filem sebagai satu kajian dan eksperimen bagi interpretasi jiwa ni memang dah lama bersarang. Filem bukanlah hiburan dangkal semata bagi Aku.
Sudah lama Aku tidak menonton Filem sebagai satu medium Hiburan..
Ini kerana, Aku telah dididik untuk memahami kulit, isi dan segala rongga yang wujud di dalam filem.
(Ampun jika ada yang kurang selesa, namun Aku rasakan perasaan ini..)

Aku sering ke panggung wayang di Cineleisure jika ingin mendapatkan kepuasan menonton dan jika Aku di dalam mod santai, Aku akan pergi ke I0I Mall..
Tenang sebab tak ramai orang, tak macam Mid Valley yang- Nauzubillah ramainya!
Nak- nak lagi kalau hari Rabu; beratus sampai MCD...
Fuhh dashat kan sambutan filem kat Malaysia..
Tapi kenapa rata-rata tayangan filem negara kita sukar untuk mendapatkan kutipan BOX-OFFICE?

Sebabnya, banyak sangat kuota yang diambil oleh WAJIB TAYANG.. Hadkan lah, PLS...

Nak tahu apa tu wajib tayang?
Hah..Nanti Aku cerita lagi...

Selamat berkongsi...

Blog Baru Wajah Baru...

Dimulakan dengan Bismillah....

Aku dan Keindahan akan membiasakan dirinya dengan panggilan Aku atau ADK.
Untuk pengetahuan anda...
Aku dan ADK adalah makhluk yang sama.. Yang masih menetap di Bumi Malaysia yang semakin semakin panas. Cuaca tidak menentu. Namun itulah lumrah alam. Aku hanya layak untuk memerhati dan melihat sebagai hamba-Nya yang kerdil. Aku masih lagi menuntut di salah sebuah Universiti yang agak terkenal di Malaysia ni..
Namun, buat masa sekarang ini, Aku masih lagi di dalam mood bercuti..
Belum sempat nak cuti-cuti Malaysia lagi tapi, Insyaallah tak lama lagi..
Berbekalkan kamera pembelian Ayah, Nikon SLR D60 Aku akan bawa pembaca-pembaca blog Aku ke destinasi yang menarik...


Insyaallah..Tak janji tau...

Aku minat dengan SLR, al maklumlah Aku ada juga ambil kursus yang ada kaitan dengan fotografi satu ketika dahulu.. Dalam dua tahun yang lepas..Seronok dan menarik..Kalau Aku ada masa dan kesempatan, Aku akan publish gambar-gambar itu di sini...

Wajah baru untuk Blog ini akan diserikan lagi dengan komen dari anda-anda yang berada di luar sana..

SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH JANGAN ROTAN AH...
(Pinjam jap ayat Jarjit Singh dalam siri animasi terkemuka negara UPIN DAN IPIN)...

Terima kasih jika sudi melawat dan membaca..
Sekian, Wassalam...  

aku dan keindahan...

Salam perkenalan buat insan di dunia...

Aku dan keindahan adalah blog milik seorang gadis yang cintakan keindahan. 
Bencikan peperangan dan kejahilan.







Pics taken from..


Dunia ini pinjaman kita dan hanya "Jika dia punya kuasa untuk membantu mengembalikan keindahan kurniaan Illahi akan dilakukan dengan rela".

Gadis yang masih lagi menuntut di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik di UiTM, http://fact.uitm.edu.my/
Puncak Perdana ini sedang mencari kedamaian dan keindahan dalam berkarya. 
Seorang penulis yang berjiwa bebas dan cintakan DAMAI. Bila dia ingin mencari kedamaian, halwa telinga muzik klasikal Inggeris pilihan jiwanya, namun tidak dilupa arus dunia seni muzik tempatan dan antarabangsa.
Masih lagi di dalam tempoh pembelajaran dan sudi menerima ajaran yang BENAR dari insan yang prihatin.

"SAYA BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH JANGAN ROTAN AHH..."

Pelajar yang masih lagi mencari identiti sebenar penulisan karya-karyanya. Mengangkat tinggi karya-karya Sasterawan Negara, Malaysia. Mencintai bahasa dan sastera. percaya bahawa seni adalah unsur yang indah dan menenangkan jiwa setiap yang mendengar, menatap dan membacanya.
Hargai karya mereka...
Jika bukan tugas kita sebagai anak bangsa, siapa lagi yang harus memikul tanggungjawab dan warisan ini?

Mari bantu saya...
Pengenalan kepada diri gadis ini telah dicanang buat sekian kalinya bagi melengkapi syarat yang ada - iaitu posting pertama" [about yourself]. Dan.. Akan di-update lagi untuk kali yang seterusnya....
Happy Reading Everyone...


Wassalam...