Ahah. Setelah lama mengidam mahu menonton filem Melayu yang disebut ramai iaitu Filem Lagenda Budak Setan atau LBS ini, barulah Aku berkesempatan menontonnya petang tadi. Lambat kan? Biasalah, lagipun Aku bukannya fanatik Farid Kamil, Lisa Surihani, Fazura or Que Haidar kan? Dengan niat di hati, cerita ini akan ditonton sekadar hiburan semata dan bukan sebagai bahan kajian yang perlu dikupas setiap kulit-liang dan isinya. Namun, hakikatnya Aku telah diasuh untuk menulis sekurang-kurangnya sinopsis ringkas bagi filem yang telah ditonton. Tapi, Aku cuba post satu entry Review Filem ya..

Aku akui, pujian dan salute perlu kita berikan terutamanya kepada barisan pelakon yang semakin menyerlah dan terang bakat mereka. Keluar segala jenis emosi yang selama ini disimpan disebalik raut wajah menarik yang menjadi pujaan ramai. Novel terlaris zaman 80-an, Lagenda Budak Setan hasil karya penulis novel yang terkenal, Ahadiat Akasyah telah pun difilemkan. Aku tak baca habis pun. Soalan pertama yang bersarang di kepala Aku yang makin ligat memikirkan perkara demi perkara ini mula meragui sejauh manakah pembawaan cerita ini mampu bertahan? Selain dari, mampukah Sharad Sharan, seorang pengarah India ini memahami novel terlaris yang dijual 25 tahun lepas? Helaian demi helaian yang setebal 500 mukasurat itu akan diterjemahkan ke dalam filem yang cuma berdurasi 120 minit. Bagaimana dengan interpertasi “cinta agung penuh konflik” ini akan disusun? Bagaimana dengan jus ceritanya? Dapat maintain cantek tak, ataupun? Teruskan skrol ke bawah dan tanyalah selera anda sendiri ya...
Bantu Aku jika Aku salah. Pengenalan watak memang tak ada ya? Atau, memang Sharad jangka yang semua penonton dah baca novel LBS? Then masuk kisah cinta gedebak gedebuk, konflik datang, kahwin paksa, eksiden, plastic surgery lepas tu Aku dah tak boleh hadam dah. Lajukan kawan-kawan? Sepatutnya cerita ini merupakan cerita cinta yang berpaksikan janji sepasang kekasih- tidak akan berpisah dan akan setia dengan cinta mereka, siap cincin ukir nama lagi. Indah dan puitis gayanya...Namun, babak-babak kuat Aku ingati adalah keganasan rumah tangga. Hah macam mana? Siapa nak jawab? Ketika Azmi memukul, membelasah sepuas-puasnya, si Ayu yang dicintai. Ketika Ayu menjadi Ayu dan ketika Ayu menjadi Amelia. Sampai ada yang bisik-bisik kat dalam panggung, “Psycho ape mamat ni?” Well, agaknyalah. Cara tu yang dia pilih untuk tunjukkan kasih sayang dia. Aku rasa! Nampak sangat rasa sakit dan emosi Lisa Surihani betul-betul keluar lah kali ni. Taklah sepesen je kan? Aku rasa lah, Que Haidar memang tampar betul-betul agaknya, dah kata Akak Ogy kita yang bimbing lakonan mereka kan?

Okay. Kisah budak setan... Yang ada kelab ala-ala jiwa luka, tapi ni Anti-Perempuan katanya- mula jatuh hati dengan Ayu yang sangatlah ayu. (Lisa Surihani memang fotogenic.) Cinta pandang pertama. Oh ya. Kenapa anti-perempuan? Hehe sebab “birdy” dia pernah kena lumur dengan cili giling oleh ibunda tercinta. Aku ingat babak ni, sebab lawaklah. Sambung lagi, Al-kisahnya cinta mereka mula terputus bila Kasyah ditugaskan untuk membuat sejenis kaijan bagi memenuhi kehendak kursus, nak grad lah senang cerita. Setahun??? Okie dokie.. Adakah ANDA fikir apa yang saya fikir?
Baiklah. Dengan kekangan pada zaman lampau (pada zaman 1980-an lah agaknya tu) yang tidak ada jaringan telekomunikasi pantas- membuatkan Kasyah terpisah dengan kekasih hatinya yang pertama. Apa latar masa cerita ni ya? Sama dengan novel namun tak sama dengan novelkah? Pening. Pening. Aku nak suggest sikit, sekarang ni kan, kitakan ada Encik Yellow, I’ll Follow You katanya? Musykil, ragu-ragu dan tergaru-garu Aku memikirkannya..
Susunan plot pulak, buat Aku rimas namun Aku kuatkan hati nak khatam cerita ni. Nasib baik runut bunyi filem ni membantu, lagu Bila Cinta banyak membantu penonton untuk merasai emosi yang dibawa. Sebab kalau tak ada support dari lagu ni, lagi susahlah nak masuk jiwa kan? Lagi satu, pelakon baru,Shiqin Kamal tu kaku lah bawa watak Ayu yang hilang ingatan. Bila Ayu dah jadi Ayu pun, dia masih kaku. Masih baru lagi, tapi Good job girl.. cuba lagi..(bakar semangat sikitlah)
Soalannya..Kenapa kisah cinta yang sepatutnya indah ni, nampak serabut, gopoh dan adakalanya nampaklah sangat Kollywoodnya (Sharad Sharan lah kata- Diva, Tipu Kanan Tipu Kiri, dan yang terbaru LBS). Ada yang terlampau laju pace-nya, ada pula babak-babak yang tak perlu diperlahankan sehingga menimbulkan kebosanan dan ada pula babak yang buatkan Aku confius. Mana satu nak focus ni? Dialog dengan shot yang sangatlah experimental, (banyak hand-held kan?) dan cerita yang kejap laju kejap perlahan ni? Lagi satu, semua kisah cinta dan cerita nak dipulun ke 3rd Act Structure yang nampak gopoh. Ye lah, Aku faham, cerita-cerita dalam Novel Ahadiat Akasyah sangatlah panjang bin lebar. Lepas satu konflik, tambah satu lagi konflik, tambah lagi dan lagi. Sebab tu lah, Aku tak pernah nak baca habis novel si Novelis terkenal ni. Macam mana Sharad dan Mike Mushcamps (pengarah Sinematografi) ni nak assemble semua ke part hujung cerita? Ye dak?
(sedikit tambahan mengenai Sharad Sharan – Filem arahan Diva dikatakan sebagai filem yang flop, (sangat Kollywood weyh, especially bila part Ning aka Kartika tu nak mati eh nak meninggal lah) Tipu Kanan Tipu Kiri, filem hiburan DANGKAL yang sangatlah dangkalnya yang Aku pernah tertengok posternya di Cineleisure tapi tak minat nak tonton sekarang mempertaruhkan LBS. Tapi agak famouslah di Facebook, lebih dari 11,448 member you.. LBS- Good try, tapi Aku tak boleh masuk dalam jiwa filem ni.. Senang cerita, Aku dan filem Sharad Sharan tak sejiwa lagi kot? Aku masih tidak dapat mengikuti “arus” pengarah Sharad Sharan ni walaupun Aku dah cuba. Jangan salahkan Aku. Sebab Aku dah cuba, Jangan.. jangan.. (nak try jadi Kollywood jap ~ nah!)
Maafkan Aku jika Aku terkasar, namun sejujurnya -ini apa yang
Aku rasa.
Wassalam...