LAMAN AKU DAN KEINDAHAN

selamat datang....

Aku dan Keindahan amat mengalu-alukan kedatangan anda..
Selamat Datang...
Welcome...
Huanying...
Accueil...
Ahlan Wa Sahlan...
Enna Vishayam...
Mabuhay Po...
Saawatdii Krap...
Youkuso...
Hwan-yeong...
Willkommen...
Bienvenue...


Silalah masuk.. Jangan Segan..
Jika ada salah silap, mohon diajar yang Benar...

Jumaat, 16 Julai 2010

Screening 14th July at Puncak Perdana...

Kamil Hashim memberitahu Aku dan rakan yang short film kami yang sulung - TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Dengan semangat Aku datang walaupun tidak bersedia sebenarnya. Takut diasak dengan soalan. Aku tak boleh kena asak ni, cepat PANIK...

Aku duduk diam di kerusi barisan depan sambil memikirkan jawapan yang mungkin akan ditanyakan kepada Aku dan rakan-rakan. Short film kami yang sulung ditayangkan di layar kotak berwarna putih itu sudah cukup buat aku rasa BANGGA! Syabas dan tahniah kawan-kawanku.. Kita berjaya menghasilkan karya yang boleh dibanggakan.

Tayangan kompilasi filem-filem pendek pelajar FACT pada 14 Julai 2010 kali ini makin menarik. Sepatutnya kami dijadualkan sebagai filem pendek yang kedua namun perubahan berlaku, biasalah kan? Yang pertama ditayangkan. Sebaik habis saja short film Takkkan Melayu Hilang Di Dunia, tiada sebarang soalan diajukan. Aku dan yang lain mula keliru. Namun, tak mengapa, karyawan tamu fakulti kita dah menerangkan kepada mereka yang masih keliru dengan isu yang kami ingin bawa.
Lega rasanya, bila En Hassan Abd Muthalib memahami apa yang kami kendong selama ini. Boleh lah baca di laman ini....http://binfilem.blogspot.com/2010/07/filem-pemikiran-lima-filem-dari-fact.html
Ada sesuatu yang Aku ingin jelaskan mengenai filem ini namun mungkin di ruangan yang seterusnya setelah Aku mendapatkan poster short film ini ya.. Ada masalah teknikal dengan editing la.

Sekarang, siapa nak share pandangan binary opposition dengan Aku?
Sebab skrip ni Aku siapkan dengan teliti.. Naskah yang paling lama kajian dilakukan, dan paling puas Aku canangkan..tapi, masih mentah, kerana baru belajar...
Kepeningan dan migrain yang datang masa nak karang pantun, puisi juga berbaloi bila tayangan ini secara tak langsung mengajak kawan-kawan lain berfikir dengan Aku.

Terima kasih pada yang memahami, dan pada yang masih keliru lagi, bolelhlah tanya Aku yang masih lagi belajar ini. Kita kongsi bersama. Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan