Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 MALAYSIA.
Alhamdulillah, Allah masih lagi melindungi kita, dan Insyaallah sampai bila-bila. Sambutannya agak kurang meriah berbanding dengan tahun yang sebelumnya dek kerana kehadiran bulan Ramadhan Al Mubbarak yang mulia ini. Bagus juga ya, kerana kurang sedikit bunyi dentuman bunga api @ mercun di kawasan rumah Aku. Agak sederhana dengan tema " 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI". Transformasi ke arah apa ya wahai pemimpin? Harapan Aku agar Malaysia akan terus gemilang dan bersatu sebelum bala Allah datang menimpa. Mohon agar dielakkan segalanya. Merdeka dan pengertian, bukan Aku bosan dengan ayat ini namun input bagi pengertian ini yang kurang. Malah ada juga yang tidak ada. Apa nak jadi? Jangan tunding menunding, bukan salah siapa, salah kita juga! Anak Malaysia bukan lagi anak Malaya yang dahulu. Jahil dari segi teknologi, globalisasi dan dunia IT. Kita anak generasi baru, moden dan semuanya ada.
Belajarlah untuk menghargai sebelum semuanya hilang ditelan dek zaman. Takut juga jika satu hari nanti anak muda Malaysia gah bercakap loghat asing dan pelat menyebut perkataan Merdeka! Menzahirkan erti kemerdekaan ini bukan boleh dapat dalam masa sehari sahaja, namun ia akan memakan masa selama usia kita. Memahami, hidup dengan perkataan MERDEKA dan menyebarkan kemerdekaan ke seluruh dunia, itu yang kita mahu. Bebaskan negara ini dari golongan yang memanipulasi. Bebaskan jiwa nurani kita dari hasad dengki yang berpanjangan dan belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan dahulu adalah tunjangnya. Namun berapa orang sahaja yang mengerti, berapa orang sahaja yang memahami? Aku, Kau, Dia, Mereka, Kita Semua, Satu Malaysia adalah jawapannya!
Semangat juang dalam diri harus ada,jangan tertinggal tuntutan Agama. Aku doakan agar Aku tidak akan terlupa dengan kata-kata ini. Mari bersama Aku yang masih lagi bersemangat!....
(Entri patriotik lepas geram sebenarnya,,,,)


